Polisi Refund & Pembatalan
Dikemas kini: 29 Oktober 2026Kami mahu setiap pelanggan berpuas hati. Polisi ini menerangkan bila refund diberikan dan bagaimana caranya.
1. Pembatalan oleh pelanggan
- Pesanan boleh dibatalkan sebelum penyediaan bermula (status "Disediakan" belum dipaparkan) dengan menghubungi outlet melalui WhatsApp 011-3935 3860. Refund penuh akan diproses.
- Selepas penyediaan bermula, pesanan tidak boleh dibatalkan kerana minuman dan makanan dibuat segar mengikut pesanan.
2. Pembatalan oleh Keramat TEA!
Jika kami tidak dapat memenuhi pesanan (item habis, kedai tutup kecemasan, rider tidak tersedia), pesanan dibatalkan dan refund penuh termasuk caj penghantaran diproses secara automatik. Mata dan voucher yang digunakan dipulangkan ke akaun anda.
3. Pesanan salah, rosak atau tidak lengkap
Laporkan dalam masa 1 jam selepas pengambilan/penerimaan dengan gambar melalui WhatsApp. Kami akan menggantikan item atau membuat refund untuk item berkenaan.
4. Cara refund diproses
- Refund dibuat ke kaedah bayaran asal melalui HitPay.
- Tempoh: FPX / e-wallet 3–5 hari bekerja; kad debit/kredit 7–14 hari bekerja bergantung kepada bank anda.
- Anda akan menerima pengesahan melalui SMS atau WhatsApp apabila refund diproses.
5. Pesanan tidak diambil
Pesanan self pickup yang tidak diambil pada hari yang sama tidak layak untuk refund.
6. Hubungi kami
WhatsApp / Telefon: 011-3935 3860 (11 pagi – 8 malam)
Emel: [email protected]